Komplek senjata nuklear Israel dan senjata nuklear

Israel membina kemudahan senjata nuklear Dimona di gurun Negev dengan bantuan Perancis. Tapak Dimona mempunyai reaktor pengeluar plutonium/tritium, kilang pengasing kimia bawah tanah, dan kemudahan membina komponen nuklear. Pada tahun-tahun awal program nuklearnya, Israel menggunakan data ujian Perancis untuk mengesahkan rekabentuk senjata nuklearnya. Sesetengah penganalisa percaya bahawa Israel telah melakukan ujian nuklear secara rahsia. Ujian rahsia itu dipercayai dijalankan dalam satu letupan tinggi di atmosfera pada 22 September 1979, di luar persisiran Afrika Selatan.